Thursday, September 11, 2014

MAJLIS PENERANGAN GST DI PWTC



Kuala Lumpur - Program Majlis Penerangan Perdana GST yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC Semalam (11hb. September 2014).

Majlis berkenaan yang terbuka kepada umum juga dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan kakitangan jabatan serta agensi kerajaan juga menerima pendaftaran GST dari syarikat-syarikat bagi membuat pendaftaran.

YB Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan 2 memulakan ucapan dan penerangannya. Ini diikuti oleh Forum GST yang disertai oleh YBhg. Tan Sri Johan Jaafar sebaai moderator sementara ahli-ahli penelnya terdiri dari YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan (Timb. Menteri Kewangan 1), YBhg. Dato' Sri Khazali Hj. Ahmad (Ketua Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia), Ybhg. Dato' Sri Alias Hj. Ahmad (Ketua Setiausaha Kem. Perdangan Dalam Negeri, operasi dan Kepenggunaan)

UMNO Bahagian Jerantut dibawah Biro Penerangan, Media Baru & IT diwakili oleh YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail (Pengerusi Biro Penerangan, Media Baru & IT), Wan Shahrir Wan Abdul Jalil (Timb. Pengerusi Media Baru & IT) serta Drs. Mokhtar Razali.










No comments:

Post a Comment