Sunday, June 29, 2014

KURSUS KEMAHIRAN APLIKASI FACEBOOK SECARA BERKESAN


Ketua UMNO Bahagian - "Satu usaha yang baik oleh 
Biro Penerangan, Media Baru dan IT yang tidak pernah dilakukan sebelum ini"


Kursus Kemahiran Pengendalian Aplikasi Facebook Secara Berkesan telah diadakan pada 21hb Jun lalu bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut.

Kursus dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari itu diadakan oleh Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut.

Walaupun hanya seramai 30 orang yang hadir dari lebih 100 orang jemputan yang terdiri dari kalangan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Penerangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri, program berkenaan tetap dianggap berjaya dan mencapai matlamatnya.

YB Ketua UMNO Bahagian dalam ucapan perasmiannya memuji usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut ini sebagai kesinambungan dari usaha menggerakkan biro selepas berjaya membawa Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato' Ahmad Maslan untuk merasmikan kewujudan biro tidak lama dulu.

Pengerusi Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut, YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail menyifatkan biro tetap berjaya dalam mengendalikan program, terutama program dalam menangani kekeliruan masyarakat mengendalikan media sosial sehingga mendatangkan mudarat kepada masyarakat sendiri.

Biro Penerangan, Media Baru dan IT tidak gagal mengadakan program, namun yang gagal adalah Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat itu sendiri yang gagal untuk bersama mempelajari media sosial, impaknya dan bersama menangani penyalahgunaannya.


"Kita berjaya adakan program, cuma mereka yang gagal hadiri dan 
memahami impak media sosial kepada masyarakat


Wan Shahrir, 
Timbalan Pengerusi Biro Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut


Sdr Aheri Anuar, 
'Otai' penggiat media sosial level Nasional anak kelahiran Jerantut


Sdr Azman Yassin,
Penolong Setiausaha Biro Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut -
antara pemain utama media sosial Jerantut



Sdr Megat dan Aheri bertukar-tukar pandangan dalam media sosial


Sdr WZWH selaku pengacara majlis



Nik Mariam menerima laptop untuk memudahkan tugas selaku admin, 
di kanan adalah Wan Halim, Timbalan Ketua Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut


Tenaga penggerak bergambar kenangan bersama YB Ketua UMNO Bahagian


Sebahagian peserta yang turut ingin bersama merakam kenangan








No comments:

Post a Comment